Sabda RasulAllah SAW bermaksud :
'Barangsiapa yang membuat satu contoh kebaikan,
maka baginya pahala serta pahala orang yang melakukannya
hingga hari kiamat
dan barangsiapa yang membuat satu contoh kejahatan,
maka baginya pula dosa
dan dosa orang yang melakukannya sehingga hari kiamat'
HR Muslim
Kebaikan yang kita lakukan hari ini, siapakah yang memulakannya untuk kita ikut? Berterima kasihlah kepada dia dan syukurlah kepada Allah kerana membuka hati dan memelihara kita untuk berbuat kebaikan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
- Satu kebaikan itu Allah tidak akan sia-siakannya dengan memberi ganjaran pahala yang dijanjikan NYA dan kesudahan pahala adalah syurga
- Pahala yang berterusan dan berganda bagi orang yang berbuat kebaikan dan menunjukkan contoh yang baik dan kemudian diikuti oleh orang lain. Bermaksud, pahala tersebut kita dapat tanpa disedari (perlu ada ikhlas)
- Selama hidup kita di dunia ini, berbuatlah kebaikan dan kebajikan sebanyak mungkin kerana apabila mati anak adam, tidaklah dia meninggalkan semua perkara kecuali 3 ::doa anak yang sholeh ::ilmu yang bermanfaat yang diajarkan::sedeqah jariah::[sedeqah inilah merupakan amalan-amalan kebaikan dan kebajikan]
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
:: Ulasan :: Nah! Sekarang pilihan di tangan kita! Sama ada baik atau tak baik yang dipilih - kitalah yang memilih. Niat yang baik je Allah dah bagi pahala apatah lagi bila kita bertindak melakukan kebaikan itu sendiri. Jadi -------------- jom buat amal soleh!
" Ya Allah Ya Rabbi! Ampunilah segala dosa-dosa kami -
dosa kedua-dua ibu dan bapa kami -
kasihilah mereka sebagaimana
mereka mengasihi kami semasa kami kecil ameen "
No comments:
Post a Comment