Bismillahirrahmanirraheem
Sekian lama meninggalkan penulisan kat blog... huhuhu... maka akhirnya Yun ambil keputusan untuk melakukan transformasi [pinjam istilah AF jap] atau kata lainnya "HEJRAH". Kenapa perlu berhejrah?
Hejrah yang yun nak lakukan ni antaranya adalah tolakan dari hati ....cetusan dari minda... selepas membaca buku-buku Ustaz Hasrizal. Tapi... apa kaitannya ye? Mesti ada yang tertanya-tanya. Ermm... susah jugak nak jawab ni. Cumanya, bagi Yun ; ianya lahir hasil 'kesedaran' dari dalam diri Yun sendiri [yang selama ni tak sedar ke ? huhuhu..pk pk lah sendiri] selepas membaca buku-buku itu yang dibeli di PWTC hari tu. Bukankah "erti hidup pada memberi" ? [ustaz, ana pinjam istilah ustaz ni :D] Walaupun apa yang Yun nak beri atau kongsi melalui penulisan ini kelak takde la 'best' atau 'hebat' macam blogger lain tapi sekurang-kurangnya sedikit sebanyak akan ada manfaatnya kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang akan membaca kelak. InsyaAllah.
InsyaAllah apa je yang boleh dikongsi dan yang tercetus dari minda dari sanubari dari alam sekeliling akan ditulis dan yang penting akan memberi manfaat buat diri sendiri dan juga kepada orang lain itulah akan menjadi bahan penulisan Yun nanti. Walaupun tak banyak semoga yang sedikit itu nanti bisa menjadi 'timbangan pemberat' yang Allah 'kira' nanti. InsyaAllah!

InsyaAllah! *Berazam ni*... ye.. azam.. berapa kali dah ada azam baru bila masuk tahun baru? Hehehe.. fikirlah la sendiri! InsyaAllah.. semoga diberi 'kekuatan' dan kesempatan.
:: Ulasan Cerita :: Apa jua perkara yang nak dibuat mestilah dengan bersungguh-sungguh - istiqamah dan ikhlas


" Ya Allah Ya Rabbi! Ampunilah segala dosa-dosa kami -
dosa kedua-dua ibu dan bapa kami -
kasihilah mereka sebagaimana
mereka mengasihi kami semasa kami kecil ameen "
No comments:
Post a Comment