Thursday, November 12, 2009

:: Kisah Taqwa ::


Satu kisah pada era pemerintahan Raja Al Muktafibillah di mana sezaman dengan Imam Ahmad Hanbal. Diceritakan bahawa :

Seorang dari gundik raja yang paling dikasihi dan disayanginya telah dirasuk oleh jin. Dengan itu, maka dikerah bendahara dan seluruh pegawai istana agar mencari dukun dan pawang yang handal untuk mengeluar dan membuang jin yang merasuknya. Namun, semua usaha dukun dan pawang hatta yang hebat-hebat sekalipun hanya menemui jalan gagal.

Bagaimanapun, akhirnya bendahara mengetahui tentang kehebatan ilmu Imam Ahmad Hanbal yang pada percaturannya boleh mengubati gundik raja yang dirasuk itu. Bermulalah usaha bendahara mencari Imam Ahmad Hanbal seantero benua. Akhirnya dengan izin Allah maka bertemulah bendahara dengan Imam Ahmad Hanbal lalu diceritakan peristiwa yang telah berlaku. Atas sebab-sebab dakwah dan urusan tarbiyah maka Imam Ahmad Hanbal tidak dapat ikut bendahara pulang ke istana untuk merawat gundik raja yang dirasuk itu namun, Imam Ahmad Hanbal memberikan bendahara kaedah dan penawar bagaimana nak menghalau jin yang sudah 'berumah' dalam diri gundik yang amat dikasihi raja itu.


Imam Ahmad Hanbal hanya mengirimkan kepada bendahara sebelah sandalnya. Kaedahnya, orang yang akan merawat gundik perlulah mengangkat sandal Imam Ahmad Hanbal melebihi paras tinggi kepala Raja Al Muktafibillah sambil menyuruh jin keluar dan pergi jauh dari gundik Raja Al Muktafibillah yang dikasihi baginda.

Maka pulanglah bendahara ke istana dan disampaikan khabaran kepada Raja akak pesanan Imam Ahmad Hanbal. Mendengar pesanan tersebut maka teramatlah murka Raja Al Muktafibillah kerana merasakan diri baginda lebih rendah martabatnya daripada sandal Imam Ahmad Hanbal. Dalam murka tetapi perasaan cinta dan kasih baginda mengatasi segalanya. Sejurus mendapat izin maka bendahara pun melakukan sebagaimana pesanan Imam Ahmad Hanbal. Mendengar sahaja nama Imam Ahmad Hanbal jin bersetuju untuk keluar dan pergi jauh... Alangkah mudah begitu selepas ramai dukun dan pawang dipanggil... kehairanan dan tertanya-tanya mereka yang melihat perkara itu berlaku.

Jin bersuara : "Aku malu kepada Imam Ahmad Hanbal kerana dia seorang yang bertaqwa kepada Allah. Jika dia berpesan agar aku keluar dari benua ini maka pasti akan aku turuti pesanannya"

Akhirnya, jin pun pergi dan tidak lagi mengganggu gundik raja yang dikasihi itu.



.:: Ulasan Cerita ::.
yang membezakan taraf @ darjat seseorang di sisi Allah SWT hanyalah TAQWA hambaNYA kepada DIA. So, tak kiralah sape seseorang tu dengan besarnya pangkat yang dia dapat---hebatnya dia dalam berdebat---gahnya dia kerana harta---tapi kalau tiada iman dan taqwa kepada Allah sia-sia je kehebatan dia tu kerana tak bermanfaat kepada diri dan orang lain.

.:: Taqwa ::. takut melakukan perkara maksiat dan mungkar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan dan kebajikan [perintah Allah]


buzzing bee

" Irhamna Ya Allah!
Ampunilah segala dosa-dosa kami
dosa kedua-dua ibu dan bapa kami
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami
semasa kami kecil ameen "

No comments:

Post a Comment