Wahai kaum hawa sekalian! Kasihanilah kepada ayah, suami, saudara-saudara lelakimu dan anak-anak lelakimu. Kasihani mereka dan kasihanilah dirimu sendiri jua. Tunaikanlah perintah Allah SWT dengan bersungguh-sunggu dan seikhlas hati untuk mendapat keredhaan NYA.Ketahuilah! Kerana kamu hawa, bisa mengheret lelaki-lelaki itu ke NERAKA! Na'udzubillah!!!
" dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman,
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)
dan memelihara kehormatan mereka ,
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan di tubuh mereka
kecuali yang zahir padanya,
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau sesama perempuan islam, atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang sudah tua
dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.
dan bertaubatlah kamu kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
An Nur : 31
4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka
Seseorang wanita itu apabila di ''yaumalakhirat'' akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. [Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!]
:: AYAHNYA ::
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... dia membiarkan anak-anak perempuannya bergaul bebas antara lelaki tanpa batasan dan teguran.... tidak diajarnya tentang taat dan patuh kepada suruhan Allah dan Rasul... maka tunggulah !!! dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
:: SUAMINYA ::
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas... isterinya tidak menutup aurat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram... membiarkan jika isteri mengabaikan perkara wajib seperti solat... berpuasa... isteri yang suka melakukan maksiat seperti mengata mengutuk orang lain... maka dia juga akan ditarik oleh isterinya.
:: ABANG-ABANGNYA [saudara-saudara lelakinya] ::
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
:: ANAK-ANAK LELAKINYA ::
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dalam ISLAM, bila ibu memperbuat mungkar dan maksiat dan sebagainya, maka anak itu akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak
'' setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan
tentang tanggungjawabnya terhadap orang di bawah pimpinannya.
Seorang imam (ketua) adalah pemimpin dan akan dipersoalkan
tentang tanggungjawab di bawah pimpinannya.
Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin dalam rumahtangganya
dan akan dipersoalkan apa yang di bawah pimpinannya.
Wanita (isteri) adalah pemimpin (pengurus) dalam rumahtangga suaminya
dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan urusannya.
Seorang khadam (pelayan) adalah pemimpin (penjaga)
harta tuannya dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab
yang di bawah jagaannya. Dan umumnya setiap orang di antara kamu
adalah pemimpin dan akan dipersoal
tentang tanggungjawab yang di bawah pimpinannya ''
Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim
.... tidakkah kita benar-benar sayang dan kasihkan mereka ??? ....
:: Ulasan Cerita ::
Kalau betul kasih--cinta--sayang kepada mereka maka marilah kita bersungguh-sungguh memelihara amanah Allah SWT. Kadang-kadang kita akan anggap mereka tak sayang dan suka sebab selalu menegur dan melarang atau tidak menuruti apa yang menjadi kesukaan kita. Sedarkah bahawa implikasinya amat besar buat mereka???
Irhamna Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami - dosa kedua-dua ibu dan bapa kami - kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kami kecil ameen "
yun...
ReplyDeletetersentuh hati...