Wednesday, March 24, 2010

.:: In Vitro Fertilization @ IVF Part I ::.

Salam semuaPhotobucket ni Yun nak cerita tentang IVF [In Vitro Fertilization].

Apa tu IVF? Ok. Dalam makluman Yun yang tak seberapa ni, IVF tu salah satu kaedah/cara untuk mendapatkan zuriat dengan persenyawaan ovum dan sperm yang dilakukan diluar oleh doktor dan embriocyst yang berkepakaran. Selepas tersenyawa membentuk sel menjadi embrio, pakar akan memilih embrio yang paling bagus dan baik akan dimasukkan ke dalam rahim untuk tumbesaran.Photobucket

Kenapa perlu adanya IVF? Bagi Yun, ini adalah satu perkembangan teknologi yang diilhamkan oleh Allah SWT kepada manusia bagi membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat selepas usaha secara semulajadi dan IUI tidak berjaya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Kaitannya dengan cerita kehidupan kami adalah kami belum diizinkan untuk mempunyai zuriat. Bagaimanapun, Alhamdulillah dan InsyaAllah kami sedang berusaha ke arahnya. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Ameen


.:: Ulasan Cerita ::.
Setiap suatu yang Allah jadikan adalah tidak sia-sia dan merupakan satu ujian kepada hamba-hamba NYA. Justeru, sebagai hamba kita tidak sama sekali dibenarkan untuk berputus ada kerana orang yang berputus asa adalah orang yang tidak beriman kepada Allah SWT. Semoga dipermudahkan urusan kami ini ameen ya rabb!




buzzing bee
" Ya Allah Ya Rabbi! Ampunilah segala dosa-dosa kami -
dosa kedua-dua ibu dan bapa kami -
kasihilah mereka sebagaimana
mereka mengasihi kami semasa kami kecil ameen "

No comments:

Post a Comment