Tuesday, January 26, 2010

Nukilan Buat Hawa

... Hawa …

Andai engkau masih remaja,

jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami,


jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau menjadi ibu,

didiklah anakmu sehingga dia TIDAK GENTAR MEMPERJUANGKAN AD-DIN ALLAH

Hawa …Andai engkau belum berkahwin,

jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa !!!
janji Tuhan kita,
WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK

Jangan sesekali dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram

kerana …aku khuatir dari mata jatuh ke hati,

maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan
seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

Hawa …Ketahuilah olehmu,

lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui
perhiasan yang ditonjolkannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki

Tetapi,

lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita
yang bukan mahramnya kerana …

dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya Lelaki yang warak
juga tidak mahu bermain cinta

kerana … dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni
sebuah ikatan yang SAH di sisi Allah
itulah PERNIKAHAN

Oleh itu hawa,
jagalah pandanganmu, peliharailah auratmu,
awasi akhlak dan tingkahmu
dan TEGAK kanlah pendirianmu
sebaik-baik hiasan dunia adalahWANITA solehah


kau HAWA !
berusahalah segigihnya
mencontohi sifat dan sikap wanita-wanita contoh dunia
… Mariam … Asiah … Khadijah … Fatimah …

menjadi idaman lelaki soleh
adalah kerana iman dan akhlak mulia
bukan manis kata-kata
bukan indah senyuman di wajah
bukan ayu kerlingan mata
kerana…kau seorang wanita sudah memiliki kecantikan aslinya


Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta saudara-saudaramu
… keluarga … sahabat … yang membahagiakanmu ….

Hawa … Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana …
kau akan perolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah Cintailah ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan
dapat berjumpa cinta yang seumpama itu


cinta itu anugerah …
cinta itu fitrah ketentuan Allah
cinta makhluk boleh datang dan pergi
tetapi
cinta Allah … cinta Rasul Allah …
cinta yang abadi


JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA MENJADI ‘’TANGAN’’ YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI kerana…kau seorang wanita

Dan..kerana telah ada amaran dari Baginda SAW

Wallahua'lam....



buzzing bee
" Ya Allah Ya Rabbi! Ampunilah segala dosa-dosa kami -
dosa kedua-dua ibu dan bapa kami -
kasihilah mereka sebagaimana
mereka mengasihi kami semasa kami kecil ameen "




No comments:

Post a Comment