Hari ni... 27 Mei 2009
Allah sayang padaku... dan belum masanya lagi... pelbagai persepsi dan sangkaan silih berganti di kotak minda... Namun, aku tahu jawapannya.. yang pasti Allah sayang padaku walaupun aku terleka dan terlupa akan DIA tatkala mahu memulakan perjalanan tadi...
'Mujur' - 'Nyaris' - 'Nasib baik la' - 'Kalau la' - ahhh semua itu tidak baik dan tidak wajar sama sekali untuk diungkap apalagi kalau nak dikuatkan sebagai hujah.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebenarnya tadi lepas siap-siap urusan di pusat poslaju... yun bergegas masuk kereta... bismillah... Signal dah bagi dah..nak ke kanan tapi tiba-tiba ada van poslaju berhenti menghadang penglilhatan. Dengan yakin yun toleh kiri.. toleh kanan.. toleh kiri balik... ok.. boleh masuk jalan. Tapi belum sempat masuk gear dua... sretttttt.. Tangan dengan sepantas menarik handbreak dan kaki memijak break! Ya Allah! Astaghfirlullah! Alhamdulillah! LaailahaillaLLAH.. semua terpacul dari bibir... Hampir saja kereta yang yun pandu dan sebuah lori 5 tan ber 'cium muka'. Besar jugak tau lori 5 tan tuu... huhuhu. Pemandu lori... yun.. kami kaget... terdiam sekejap dalam kenderaan masing-masing.. Mujur [hmm.. mujur ke] dia [pemandu lori] dan yun baru nak memulakan perjalanan... rupanya lori tu tadinya dalam keadaan parking.. ntah masa bila agaknya.. masa toleh kanan tadi tu tak nampak pun... tak perasan kot.. Alhamdulillah... Punyalah yun terkejut cuma Allah izin yun tak panic 'giler' je tadi... Huhuhu
Dah lega sket... Fuhh! mengelap peluh 'takut' yang meleleh didahi! So... perjalan perlu diteruskan jugak ni sebab nak hantar barang customer.... Inilah pengalaman kali pertama yang yun hadapi ketika memandu sendirian...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dalam pada tu.. cuba mencari-cari jawapan terhadap insiden tadi... dan... Rupa-rupanya! Yun dah jumpa dah... salah sendiri sebenarnya tadi tak baca doa yang selalu dibaca masa nak gerak balik.. Ya Allah! Terima kasih Ya Allah! Kelekaan dan kealpaanku terhadapMU namun KAU masih sayang kerana memberi 'teguran' dengan kasih sayang MU
:: Ulasan Cerita :: Baca doa bila nak buat apa jua tindakan or pekerjaan dengan hati yang penuh rajaa'

" Ya Allah Ya Rabbi! Ampunilah segala dosa-dosa kami -
dosa kedua-dua ibu dan bapa kami -
kasihilah mereka sebagaimana
mereka mengasihi kami semasa kami kecil ameen "
No comments:
Post a Comment