Entah kenapa ; bila menyebut dan bercerita perihal ibu/mak/ummi/mama hati ni tiba-tiba sayu sebal dan rindu je terasa. Terimbas kembali saat-saat bersama dia... kenangan dulu-dulu dari kecik [tahap dah boleh ingat] sampailah diri sendiri 'sudah' bergelar ummi. Iyelah... benar apa yang Rasullullah SAW ajarkan '' siapa yang lebih 'layak' untuk ditaati - selepas Allah dan RasulNYA? Banginda menjawab : ''ibumu => ibumu => ibumu kemudian barulah ayahmu'' Agaknya kenapa ye?
Janganlah pula ada antara segelintir kita menyatakan tidak perlu kita hormat dan taat kepada ayah pula ye. Ayah dan ibu... kerana insan itulah kita berada di sini... di tahap ini. Adalah sangat wajib untuk kita mentaati mereka dalam semua perkara selagi mana tidak bercanggah dengan syariah Allah dan sunnatullah.
Ibu....
Jasa dan pengorbanannya sungguh amat tidak terhitung dan terbalas sekalipun dengan sebukit emas. Masakan tidak...tempoh dari belum ruh ditiupkan ibu menahan dan melawan segala macam alah dan perubahan pada dirinya... Mengkengdong dalam rahimnya---kita---9 bulan 10 hari dan selama itulah dia bersabar. Hingga saat melahirkan---bertarung nyawa dan badan demi sebuah kehidupan baru yang bakal dia berdepan. Sungguh tidak terhitung....
Mak....
Terima kasih kerana sabar melayan aku sehingga tahap ini...Biarpun aku sudah punyai kehidupan sendiri kau tetap melayani aku bagai dulu...bagai aku ini masih anak kecilmu. Rindu aku padamu mak...
Kawan-kawan...dah call mak belum [yang duk jauh-jauh tu..]? Sekadar call bertanya khabar tentu melenyapkan rindu dia kepada kita biarpun cuma sekejap. Alangkah berbunga indah hati ibu tua itu mendengar suara dari seorang yang dirindu dan dicintai. Besar pahalanya membahagiakan orang tua...
-----------------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang sudah berumahtangga sudah tentu punya mak mertua. Jika dia masih ada alhamdulillah tetapi jika tiada doakanlah dia kerana tanpa dia tiadalah suami kita. Maka, bersyukurlah kerana kita punya dua ibu!

.:: Kisah Benar ::.
A : Tahun ni beraya mana?
C : Ermm... turn umah abang aku. Beraya ngan mak ayah mertua n adik bradik ipar.
A : Aik..macam tak seronok aje bunyiknya?
C : Memanglah... slalu braya ngan famili sendiri... Mak kita yang masak. Adik bradik sendiri. Beraya dengan keluarga mertua ni lain feel nya.
A : Nape pulak? Kan sama aje. Mak jugak. Lagipun kita kan dah bersuami, kenalah ikut. Barulah fair. Dah perjanjian cam tu kan memula kawin dulu?
C : Memanglah tapi.... tetap kurang feel nya.
Perbualan di atas pernah berlaku antara Yun dengan seseorang [ntah sape dah tak ingat]. Itulah masalahnya kita wanita ni. Berkahwin nak dengan anaknya saja tapi bukan dengan keluarganya. Memang akan jadi tak best bukan masa raya aje tapi bila masa suami ajak balik kampung jenguk mak ayah pun rasa tak best.
Teman.... Janganlah diletakkan jurang beza antara mak dan ibu mertua. Mereka adalah sama tarafnya di sisi agama selepas kita sah bergelar isteri kepada anaknya. Kewajipan atas kita untuk mentaatinya sebagaimana mentaati ibu bapa sendiri. Lagi amat besar tanggungjawab kepada sang suami kita kerana dia adalah anak lelaki yang mana tanggungjawabnya kepada orang tuanya tidak pernah akan terputus hatta selepas mereka meninggal dunia sekalipun.
Kalau dalam hati dah diletak jurang dan beza, perkara yang baik sekalipun akan kelihatan buruk dan jelek di mata.

.:: Ulasan Cerita ::.
Ya Allah Ya Tuhanku! Kau peliharalah kedua-dua orang tua kami dari ancaman musuh-musuhMU sama ada yang nyata atau yang ghaib --- kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka. Permudahkan urusan mereka --- bukakanlah pintu-pintu rezeki buat mereka --- rahmatilah mereka --- Kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil. Ameen

" Ya Allah Ya Rabbi! Ampunilah segala dosa-dosa kami -
dosa kedua-dua ibu dan bapa kami -
kasihilah mereka sebagaimana
mereka mengasihi kami semasa kami kecil ameen "

No comments:
Post a Comment